Halaman

Friday, September 2, 2011

PengertiaN CintA SebenaR

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


************************************************************************


Sungguh indah cinta jikalau kita sebagai hamba Allah menggarap maksudnya dari sudut pandangan Islam, jauh lebih indah daripada cinta yang dilaung-laungkan Barat yang pada dasarnya lebih tertumpu ke arah objektif untuk memuaskan nafsu semata-mata. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Orang-orang yang akrab saling mengasihi pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa. (Surah Az-Zukhruf: 67)

Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketaqwaan kepada Allah maka keduanya mungkin saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya yang menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahu pun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun juga. Kadang-kadang juga tidak peduli pada pertimbangan halal dan haram. Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah SWT.

Isteriku, aku tak ingin kita yang sekarang ini saling menyayangi dan saling mencintai kelak di akhirat justru menjadi musuh dan seteru. Aku ingin kelak di akhirat kita tetap menjadi sepasang kekasih yang dimuliakan oleh Allah SWT. Aku tak menginginkan yang lain kecuali itu isteriku.
(dipetik daripada novel Ayat-ayat Cinta)


Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, jangan di hatiku. Sebaik-baik percintaan adalah cinta yang suci selepas perkahwinan, diredhai dan diberkati Allah SWT. Kekecewaan yang berlaku tatkala kita semua yang masih muda remaja disebabkan oleh rasa cinta tiada nilainya di sisi Allah SWT. Namun begitu, Allah SWT sama sekali tidak melarang hamba-hamba-Nya untuk menaruh perasaan di antara jejaka dan wanita. Perkara itu memang bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia yang menyukai insan yang berlainan jantina. Untuk menghalalkan perkara ini, Islam telah menyediakan penganutnya sistem perkahwinan. Untuk menjaga kehormatan individu serta kesucian zuriat.

Diri ini sendiri pernah mengalami kekecewaan akibat cinta. Rasa seksaan cinta akibat dikecewakan pada saat itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tambahan pula pada saat itu, diri ini hanya seorang insan yang jahil.

Tidak mengerti bahawa cinta hakiki adalah milik Allah SWT.

Tidak mengerti bahawa diriku baru setahun jagung untuk memikul tanggungjawab memikul bebanan cinta.

Tidak memahami maksud sebenar konsep jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hanya ingin memenuhi kehendak hati yang didorong oleh nafsu muda yang membuak-buak.

Kini aku telah sedar bahawa ada hikmah disebalik kekecewaan itu. Aku sudah mula memahami bahawa kejadian tersebut telah berjaya menyelamatkan diri aku daripada terjerumus ke lembah hina. Ke lembah kemaksiatan sekiranya aku terus-menerus melayani kehendak hati.

Kini, hati ini berazam agar aku dapat merubah cara hidupku agar senantiasa berada di dalam jalan yang diredhai Allah SWT, jalan yang dilalui oleh para nabi dan para sahabat serta jalan yang dilalui oleh Fahri Bin Abdullah meski pun beliau hanyalah watak khayalan manusia. Namun aku yakin bahawa semua itu tidak mustahil dapat dicapai dengan kesungguhan, keazaman dan tekad serta keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Insya Allah...