Halaman

Monday, September 5, 2011

LelakI ItU

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


************************************************************************



Lelaki itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya,
Tidak kutahu mengapa ku rindu padanya,
Dan juga tidak kutahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukakanku,

Bukan sekali,
Bukan dua kali,
Malah kali ke-empat dia menolakku,
Membuang dan menolakku bagai bola,

Tuhan,adakah aku satu permainan?
Tidak,aku tahu aku punya nyawa,
Aku tahu aku punya perasaan,
Aku tahu aku punya hati,
Aku tahu aku punya harga diri,
Dan jua aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan,

Hidup ini,tidak perlu mempermainkan,
Hidup ini,tidak perlu menyakitkan insan yang kamu mahu jaga,
Kerana aku,
Tetap tegar berpegang pada janji itu,
Janji yang disemat pada hari pertama ku nampak kamu,
Janji yang mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku,
Janji yang aku tetap berdegil mahu tunaikan di saat sahabat-sahabatku menangis melihat aku begitu,

Mengapa?
Aku tidak tahu juga,
Tapi satu yang aku tahu,
Aku sayang kamu,
Aku sayang kamu,
Aku amat sayang kamu,
Amat menyayangi dirimu,
Andai kata aku bukan untukmu...
aku tetap mahu menjagamu dengan baik,

Kerana aku sayang kamu,
Kerana kamu teman yang aku rindu,
Kerana hatiku tetap berdegil mahu menjagamu,
Kerana kamu amat istimewa bagi diriku,

Benar,aku tidak punya apa-apa,
Hanya seorang gadis biasa yang sentiasa tumpah air matanya,
Kerana lelaki itu,
Kerana dia tegar untuk berpegang pada apa yang hatinya mahu,
Kerana dia sayang lelaki itu,
Kerana lelaki itu yang dia rindu,
Yang dia rindu sesungguh hati pilunya,
Yang datang dalam mimpinya hanya lelaki itu,

Tuhan,
Kurniakan kesabaran padaku,
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga lelaki itu,
Di saat susah senangnya,
Di saat dia mahukan cinta suci seorang wanita,
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya,
Aku mahu terus berada untuknya,
Aku mahu selalu dekat di hatinya,
Kerana aku sayang dia,
Kerana aku cinta padanya,
Kerana aku sentiasa mahu dia bahagia,
Kerana aku tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya,
Kerana aku..tetap sayang dia untuk selamanya,

Walaupun kamu selalu sakiti aku,
Aku tetap mahu kamu,
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku,
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali tinggalkan kamu,
Gerak hatiku yang berkata kamu tidak dapat aku lepaskan,
Malah menyuruh aku menjagamu,
Apa betul keputusanku ini,
Aku tak mahu tahu,
Apa yang aku tahu,
Biarlah aku tetap menjagamu,
Apa-apa yang jadi selepas itu,hanya ALLAH yang Maha Tahu,
Benar,hanya Allah pelindungku,
Dia temukan kau dan aku,

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku,
Kerana aku mahu jaga kamu,
Kerana aku mahu peduli tentang kamu,
Kerana itu hatiku mahu,
Jangan tanya aku,
Kerana aku memang tidak tahu,
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu,,,,