Halaman

Friday, September 2, 2011

BercintA MengikuT BatasaN AgamA

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


************************************************************************

PERASAAN cinta serta rasa kasih dan sayang dalam kehidupan seharian diterima Islam sebagai normal.

Dalam hal ini kisah Nabi Yusuf as dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah menyebut dalam al-Quran, mak sudnya:
“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)… (al-Quran, Yusuf (12): 24).
Nabi Yusuf berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina.

Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya

(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas

(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram

(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian

(4) menjaga pandangan mata dan

(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.

Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam.
Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain.


Allah sendiri bersifat ar-Rahman (Pemurah) dan ar-Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada ke luarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan seterusnya.
Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta pada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.


Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dan masyarakat.