Hukum menyimpan janggut adalah
SUNNAH!
Jom baca kisah dibawah.
Kisah bermula dimana ketika itu
pada zaman Rasulullah s.a.w., ada
seorang sahabat yang berjanggut
nipis atau jarang-jarang (sekadar
sehelai dua) sedang mengambil
wuduk untuk bersembahyang di
masjid, Rasulullah tersenyum dan
memalingkan mukanya. Sahabat itu
pun merasa hairan dan dia
menyangka Rasulullah s.a.w. senyum
kerana janggutnya yang nipis itu dan
memalingkan mukanya kerana tidak
suka kepada janggutnya yang jarang
itu.
Keesokkan harinya sahabat lelaki
tersebut datang ke masjid setelah
mencukur janggutnya. Apabila
terserempak dengan Rasulullah
s.a.w, lelaki itu melemparkan
senyuman tetapi Rasulullah tidak
memandang langsung kepada lelaki
tersebut. Bertambah hairanlah
beliau, lalu diajukan pertanyaan
kepada Baginda:
"Wahai Rasulullah mengapa hari ini
kamu tidak senyum kepadaku seperti
sebelum ini?"
Lalu Baginda menjawab..
"Sebelum ini aku nampak malaikat
berebut-rebut untuk menadah air
wuduk yang jatuh dari janggutmu
tetapi apabila kamu mencukur
janggutmu tidak ada lagi malaikat
yang menunggu di janggutmu wahai
sahabat"
SUNNAH wahai kawanku...Janggut..
Ohh.. janggut..
Ko cuma segumpal rambut..
Yang berselirat di bawah daguku.
Tapi aku tetap simpan kau..
Bukan sebab aku ingin memachokan
diriku..
Tetapi Rasulullah jua menyimpanmu..
"Dari Jabir berkata: Sesungguhnya
Rasulullah lebat janggutnya". (Hadis
Riwayat Muslim)
Janggut..Ohh janggut..
Mungkin orang yg membelamu rasa
rimas..
Tapi aku selesa sebegitu..
ketahuilah gut..
Aku bangga menyimpanmu..
Bukannnya menunjukkan alimlah
diriku kerana membelamu..
Tapi penampilan secara sunnah itu
pilihanku.
Kerana lelaki Islam sebaiknya begitu..
Diceritakan bahawa seorang lelaki
daripada kalangan Majusi datang
mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi
wasallam, dan lelaki ini telah
mencukur janggutnya dan
memanjangkan misainya. Lalu
Baginda bertanya: "Apa (yang engkau
lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab:
"Beginilah ajaran agama kami".
Kemudian Baginda berkata: "Akan
tetapi dalam agama kami (Islam),
kami memotong misai dan
membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)
Janggut Ohh janggut..
Mungkin aku akan nampak tua kalo
berjanggut..
dan mungkin wajahku tidak sesuai
untuk berjanggut..
Tapi..Ketahuilah gut,
Aku tidak pernah menilai diriku
dengan penilaian orang lain padaku..
Aku bangga aku menyimpanmu Gut,
Kerana penampilan itu yg
membezakan aku dan lelaki bukan
Islam yg lain..
"Abdullah bin Umar berkata:
Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam: Janganlah kamu
menyerupai orang-orang Musyrikin,
peliharalah janggut kamu dan
tipiskanlah misai (kumis) kamu".Hadis
Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-
Baihaqi
Janggut oh janggut..
Aku tahu kumpulan korea tidak
berjanggut..
Aku tahu mereka macho dan digilai
wanita..
aku tahu jua si Justin Bieber baby
face itu jua digilai wanita..
Kerana mereka jambu, maka mereka
tidak berjanggut.. *=.=''*
Tapi aku yakin sunnah ku yg sekecil
ini bukannya untuk aku digilai..
Bukan sekadar fesyen dan
kesesuaiannya di mukaku untuk
diperhati..
Cukuplah Allah menyukai amalku ini..
“Dan kamu menyangka suatu (dari
Allah) itu ringan (remeh) sahaja,
padahal dia pada sisi Allah adalah
perkara besar”. (an-Nisa’ 14)
Janggut Ohh janggut..
Mungkin ada yang akan katakan..
"apalah sangat janggut
dipertikaikan.."
Tetapi aku yakin Gut,
Sunnah Rasulullah sentiasa hikmah
dan mempunyai sebab
Cukuplah kau menjadi saksiku di
akhirat
Bahawa aku telah melakukan
kebaikan yg kecil di pandangan
mereka
secara istiqamah dan taat!!
“SESIAPA YANG TIDAK SUKA
TERHADAP SUNNAHKU, MAKA DIA
BUKANLAH GOLONGANKU”. (Lihat:
Jami’ul Ushul (1/294). Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)