Halaman

Wednesday, July 31, 2013

In Team - Insan Taqwa



Ramai manusia
Yang hidup di dunia ini
Berbagai cara dan gaya yang tersendiri
Ada yang ingin bertuhan
Ada yang tak memerlukannya
Namun kita sebenarnya
Allah yang punya

Bertuhankan Allah
Yang sebenar-benarnya aaa...2x

Kita ini manusia
Tak lepas dari salahnya
Tapi hendaklah sentiasa
Kembali kepada-Nya
Tuhan itu Pengasih
Tuhan itu Penyayang
Dia Maha Pengampun segala dosa

Bermohonlah ampun
Dari segala dosa aaa...2x


Allah itu Tuhan kita
Wajiblah disembah
Rezeki kita di dunia
Dia tentukannya

Berimanlah kepada-Nya
Patuhilah suruhan-Nya
Janganlah kita leka
Jangan pula di lupa

Insan yang bertaqwa
Allah janjikan syurga aaa...2x

Tuesday, July 30, 2013

Bagaimana pula dengan syurga ?

Suatu hari Ibrahim bin Adham (wali Allah) ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelak itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?" :')

Thursday, July 25, 2013

Note 98

Awak...
Sejak pertama kali kita kenal
Saya tak pernah sorok apa2 dari awak
Saya takut saya akan buat awak kecewa kalau awak dapat tahu saya tipu
Sebab tu saya nekad saya tak akan tipu awak walau apa cara sekalipun
Sebab saya betul2 cintakan awak
Saya tak nak antara kita ada rahsia
Saya tak nak hubungan kita dibina atas penipuan
Tapi sayang seribu kali sayang
Dengan sedikit salah faham itu awak gugurkan saya dari hati awak
Awak abaikan segala yang saya rasa
Segala penjelasan saya awak tolak ketepi
Awak lebih ikutkan kata hati awak
Teruskanlah........
Mungkin itu yang awak nak selama ni
Awak nak saya pergi dari hidup awak
Awak nak bebas
Saya lepaskan awak walaupun hati tak pernah rela
Terima kasih atas segalanya!

Tuesday, July 16, 2013

Ku Sangka Orang Gila

Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu...

# sumber : facebook

Ya Hanana - Versi Melayu


YA HANANA - Versi Melayu

Telah Terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita
Kelahiranmu Muhammad
Anugerah daripada ALLAH

Beruntunglah, Beruntunglah
Di utus Nabi Muhammad

Penghimpun segala rahsia
Tujuh Ayat Al-Fatihah
Tiada yang sama sepertimu
Dan dariNya wahyu untukmu

Terpisah bulan keranamu
Menggetarkan jiwa yang lesu
Umatmu menjadi kebangganmu
Terkenal serata dunia

Sungguh manis senyumanmu
Menawan hati yang rindu
Alangkah lembut belaianmu
Terasa hangat kasihmu

Selawat salam ke atasmu
Dan jua para ahlimu
Untuk kami syafaat kau beri
Luasnya tidak terperi

Wednesday, July 10, 2013

Note 97

Tanpa Pertemuan
TiadaLah PerPisahan
Tanpa PerPisahan
TiadaLah Kenangan
Tanpa Kenangan
TiadaLah Ikatan
Tanpa Ikatan
TiadaLah PerSahabatan
Tuhan AnugerahKan Kita Kawan
Untuk Kita BerKongsi PeRasaan
Andai TerJadi PerCintaan Antara Rakan
Itu Anugerah TerIndah Dari Tuhan
Namun Jika TerJadi DiSeBalik KeJadian
Jangan Pernah BerMusuhan
Terima Dengan Penuh KeMatangan
PerCayaLah Hidup Akan Ada KeTenangan