Halaman

Thursday, February 28, 2013

Note 21

Allahhumma ya Allah...
Bukakanlah tabir pintu Rizki...
Bukakanlah tabir pintu Jodoh...
Kepada yang Selaras...
Kepada yang Baik...
Kepada yang Sederajat...
Turut-turutan yang dihajat...

Note 20

~ TAHU belum tentu MENGERTI ~

Tuesday, February 26, 2013

7 lovely logic ~

hati & waktu ~


Monday, February 25, 2013

Nukilan Hati 1

1993 =>
Tahun kehilangan... nenek(blh ayah),datuk(blh ayah),ayah (3 bln berturut2x)

2003 =>
Tahun cemerlang... softball(negeri),ramai org suka,hormat,digelar tokoh sejarah,tokoh sains

2013 => ???
kehilangan ?
kecemerlangan ?

andai ini takdirNYA... redha,pasrah...

Friday, February 22, 2013

Note 19

When We Pray, ALLAH Hears More Than We Say.
HE Answers More Than We Ask.
HE Gives More Than We Imagine.
But In His Own Time, In His Own Way....

Wednesday, February 20, 2013

Apakah ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


Apakah itu cinta?

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara pesorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.


Apakah kebahagian?

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.


Apakah rindu?

Rindu berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka bermaksud: (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dengan seseorang. Atau maksud lainnya: ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dengan seseorang.

Perasaan rindu ialah satu anugerah mahal yang tidak boleh diada-adakan. Bahkan ia adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya apabila teringat pada seseorang atau perkara yang dia sayang. Terkadang rindu ini boleh datang walaupun baru semalam berjumpa dengan seseorang. Jadi tidak menjadi mustahil andai rindu datang apabila sudah bertahun-tahun tidak bertemu.


Apakah kasih?

Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat.


Apakah bosan?

Perasaan yang telah merasakan ia sesuatu yang berulang-ulang yang berlaku kepada kita. Mungkin juga ertinya, kejenuhan perasaan dan fikiran atas sesuatu yang kita alami atau atas sesuatu yang berlaku kepada kita terlalu lama, atau berulang-ulang.

Bosan.. Mungkin juga terjadi ketika kita menginginkan sesuatu yang baru, sesuatu yang berbeza dari apa yang berlaku setiap hari iaitu suatu perubahan.

Note 18

...Apabila Allah membiarkan lidahmu untuk meminta, itu pertanda bahawa Dia hendak memberi..." 
- Ibn Ataillah Al-Sakandari

...Jangan pernah BERHENTI meminta. Setiap patah kata yang kita ucapkan pasti menjadi kenyataan. Jika tidak sekarang, maka suatu hari nanti...

Friday, February 15, 2013

Note 17

Suatu malam, si abah terlihat anak gadisnya yang bongsu update status di facebook. Statusnya bertaip:
"Nape la hati ni tak tenang..somebody pls..I need someone..:( "

Maka ramailah jejaka-jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka hensem, ada jejaka poyo, ada jejaka alim-alim kucing. Semua nak berikan jawapan. 'Ah, semua hanya nak mengurat!' getus hati si gadis. Sampailah giliran jejaka yang ke 401.

Jejaka 401 komen:

"Mana hati nak tenang ~;

~ kalau solat pun kurang?
~ tahajjud pun sekali dalam 12 bulan?
~ nangis sujud taubat pada Tuhan pun jarang-jarang?
~ bila sedih kau cari kawan then kau pergi have fun!?
~ bila ada masalah muzik dan lagu yang ko layan. Al-Quran mana nak layan?
~ bila bibir rajin mengumpat, zikrulllah tak pula jadi sebutan?
~ bila study, hormat pada guru dan pensyarah pun kurang?
~ bila tak tenang, mengadu di laman sosial jadi pilihan, tikar sejadah mana nak pandang?
~ bila tak tenang, cari teman buat pasangan tapi tak cari Tuhan buat penunjuk kebenaran?

Tapi yang hairannya bila tengok cerita "Setia Hujung Nyawa", tenang sungguh perasaan ya sampai nitis air mata. Tengok watak Zain Hakimi terus tenang plak..lulzzz...

Wahai pemilik fb ni, sudah-sudahlah tu membongak~~"

Apabila si gadis terbaca komen jejaka 401, terus dia berang sambil menyumpah seranah sambil gerakkan cursor laju-laju cari button block.

Then, gadis tu update status baru:

"I dah block mamat poyo mana ntah berlagak macam tahu semua tentang aku. Hey, u just know my name, not my story!"

Si abah tersenyum di bawah meja sambil main laptop. Dalam hatinya berkata,

"Fuh, nasib baik aku dah buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pon..kah kah kah..kali ni nak guna gambar mamat ensem lak pi tenangkan dia konon²nya kat Message..hik hik.."

Wednesday, February 13, 2013

Note 16

Masa anak dara tak pernah buat apa...
makan tanggung,
ber*k cangkung,
main lailitamlong...

Bila dah kahwin...
mula laaa,
yang ini susah,
yang itu payah,
asyik resah & gelisah,
tak sudah-sudah...

Sedangkan apa yg dalam rumahtangga itu adalah rutin harian wanita(+beberapa rutin lgi).Bila dah biasa takkan rasa resah gelisah.

Yang akan mendirikan rumahtangga tu biarlah diri betul2 sedia utk lakukan tanggungjawab.

Jangan dok ingat nak kahwin ja... ingat! ayam pn selalu kahwin.Jgn jadi mcm ayam...okeh ;)

#Lelaki/Suami pn kena ingat,Isteri bkn hamba kamu#

Friday, February 8, 2013

Ratuku ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


Ratuku..
inginku luahkan
apa yang sudah lama terbuku di hati ini
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik oleh tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah..

Ratuku..
kebimbanganku ini masih menebal
apabila kedengaran dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu..

Ratuku..
kebimbanganku ini bertambah lagi bila ku melihat
bunga yang tidak segan silu melempiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..

Ratuku..
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
kerana apa yang aku melihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh..

Ratuku..
bukan ku berharap kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari antara safa dan marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu Syurga..

Ratuku..
akuilah hakikat yang terurai
engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah, wanita yang suci terpuji..
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar kau mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga keharumannya melewati pintu-pintu Syurga..

Jangan kau risau wahai Ratuku..
kadangkala musim berganti
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar
tapi.. itu hanya ujian buatmu..

Ratuku..
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga lah kelopak mu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosak serimu
kerana kau ratu idaman kalbu..

Ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu
walaupun kadang-kadang
aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang aku harapkan
aku yakin ratuku..
masih ada sinar harapan yang bisa
membuatku tersenyum lega kerana akan ku temui
RATU yang benar-benar ratu..

************************************************************************!

Wednesday, February 6, 2013

Note 15

Ummi – Mat…,(berhenti sekejap). Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.

Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)

Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya

Ahmad – Nampak ok orangnya Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu

Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….

Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat

Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betul dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim

Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya

Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni

Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak

Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju

Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari

Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi

Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak

Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…

Ummi – Abang 2x, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.

Abah – Calon yang macam mana dia nak?

Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.

Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….

Pintu Rindu - Siti Nurhaliza ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Tidak ku temu mana pintu MU..
Untukku seru rasa rinduku..
Tidak ku temu mana pintu MU..
Untukku seru rasa rinduku..

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..

Sedang KAU dekat bukan dimata..
Sentuh MU erat di pinggir jiwa..
Sedang KAU dekat di pinggir jiwa..
Sedang KAU dekat di pinggir jiwa..

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untuk-MU..

Hidup matiku hanya untuk-MU..


************************************************************************!

Friday, February 1, 2013

Note 14

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh/solehah. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah dia bersungguh-sungguh" 

-Saidina Umar Al Khattab-

Note 13

"Yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun kamu telah membaca ilmu itu 100 kali dan kamu telah menghimpunkan 1000 buah kitab. Kamu belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dengan beramal" 

-Imam al-Ghazali-

Note 12

andainya aku diberi pilihan,
antara cinta dan persahabatan,
akanku pilih keduanya,
kerna bagi aku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku..

cinta..
suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
kerna disebalik keindahan itu tersirat seribu kepahitan,
pastinya akan merentap kedamaian jiwa sang pencinta,
tatkala ikatan diundang kekecewaan,
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa,
yang punya hati dan perasaan..
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini,
tak terungkai dengan bicara dibibir,
tak tergambar dengan lakonan,
begitu syahdunya kurniaan illahi,
kerna lahirnya dari hati seorang insan,
yang berakal, beremosi dan berperasaan..

persahabatan..
suatu ikatan yang lahir dari hati,
dan keinginan yang ikhlas,
bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang dan keakraban,
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
tentang impian dan pengertian hidup ini..
persahabatan yang suci dan murni,
adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran,
diwarnai dengan keikhlasan,
dicurahi dengan kasih sejati,
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan..

teman yang budiman,
mengertilah maksudku ini,
sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku,
sejak perkenalan kita..
kita bina tugu persahabatan,
yang dipagari besi kedewasaan,
yang teguh berdiri megah dilaman hati kita,
yang tak tumbang dek rintangan..
hanya satu pintaku,
agar dikau sentiasa mengingati diriku :)

Note 11

Agak kecewa bila 'ORANG LAIN' lebih mengetahui tentang keadaan semasa seseorang yang kita kasih, yang kita sayang, yang sering kita rindu, melebihi apa yang sepatutnya kita tahu...kenapa tidak kita terlebih dahulu yang tahu???kenapa dia???siapakah dia???sahabat kah???atau bekas kekasih???Kadang-kadang perkara itu membuatkan kita tertanya-tanya... SIAPAKAH KITA SEBENARNYA DISISI DIA???

Note 10

Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah..
jika rindu itu kerana ALLAH.. kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui..

Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH.. kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira..

Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih..

Dahulukan ALLAH dalam segala hal, insya'Allah... DIA akan berikan yang TERBAIK buat kita...

Note 9

"...Tanda kasih saya pada awak adalah DOA saya.. Selalu saya pinta Allah sentiasa melindungi dan menjaga awak.. Saya selalu berharap DIA akan memelihara kesejahteraan awak.. Demi cinta, saya selalu mendoakan awak biarpun saya jauh dari awak..."

Note 8

HATI . . .
Kau kena kuat k. Jangan cepat mengalah ye. Jangan cepat melatah. Kalau kau kuat, insyALLAH, tidak ada apa-apa yang bOleh buat kau gOyah...

HATI . . .
Jangan kau taksub dengan cinta dunia. Cinta itu sementara. Mungkin kau tak mampu dapat cinta sesama manusia, tapi penuhkanlah cinta itu hanya untuk PenciptaNya...

HATI . . .
Jangan kecewa. Manusia lain mungkin tak tahu apa yang kau rasa tapi Allah kan sentiasa ada. Sentiasa bersedia. Untuk kau kembali kepada-Nya...

HATI . . .
Allah tidak akan uji kau kalau Dia tahu kau tak mampu untuk menghadapinya. Allah tahu kau kuat. Setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia, bangunlah kau menghadap-Nya. DIA uji kau kerana mahu kau sentiasa sedar, yang cinta kau itu hanya milik-Nya...

HATI . . .
Kau jangan menangis tau. Kau jangan sedih. Allah kan ada... :)

Terima kasih YA ALLAH...