Halaman

Sunday, October 20, 2013

Note 103

SEMINIT perkenalan
tak bermakna JATUH CINTA...
1 JAM berbual
tak bermakna SAYANG...
SEMINGGU mengenali
tak bermakna sudah MEMAHAMI...
SEBULAN bersama
tak bermakna MEMILIKI...
BERTAHUN dalam ikatan
tak bermakna hubungan itu KUKUH...

CINTA yang datang,cepat jua ianya berubah HATI...

Note 102

Allah kadang akan uji kita dengan sesuatu yang kita paling sayang
Cemana? Gini...
Allah temukan kita dengan seseorang
Berkenalan dan berkawan
Peribadinya menyenangkan
Tuturnya menenangkan
Ah, semua indahlah!
Kemudian kita berubah menjadi baik
Lalu, Allah uji,
Allah jauhkan kita dengan dia
Kau tahu itu apa maksudnya?

Allah nak uji,
kita jadi baik sebab dia, atau sebab Dia :')

Note 101

Dulu nyata kau ku cinta
Dulu nyata kau 1 dijiwa
Dulu nyata yang dimata hanya kau saja...
Itu dulu bukan sekarang
Sebelum waktu kau temberang
Sebelum waktu kau masih ku sayang
Tapi Sekarang...
Aku Tak Lagi Sayang...
Kini Ku cuba hapus kenangan silam
Ku cuba hapus biar menjadi debu hitam
Biar malam ku tak suram
Dengan mimpi silam yang seram...

Tuesday, August 6, 2013

Takbir Raya



Allah Maha Besar

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar



Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar



Allah Maha Besar

dan segala puji bagi Allah



Allah Maha Besar

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar



Allah Maha Besar dan Maha Agong

dan segala puji bagi Allah



Maha Suci Allah pada pagi dan petang

Tiada Tuhan melainkan Allah



Tiada yang kami sembah kecuali Allah

Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya

Walaupun orang-orang kafir membenci



Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya

Benar janjiNya

dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya

Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya



Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar



Allah Maha Basar

dan segala puji bagi Allah



Allah Maha Besar

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar



Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar



Allah Maha Besar

dan segala puji bagi Allah

Note 100

"Kekadang tak perlu kita ada 24jam tp cukup ada ketika diperlukan,bkn senang dilupakan bila sunyi mencari"


- manusia senang mengungkapkan maaf tp sukar utk tidak mengulangi kesalahan -

Note 99

Ungkapan cinta takkan bermakna tanpa perbuatan yg mencerminkan kecintaan


Friday, August 2, 2013

Soalan Panjang Jawapan Pendek

1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.


2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.


3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.


4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.


5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.


6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.


7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-bunga..bercinta sblm kawin haram..bercinta selepas kawin..halal...pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.


8. Aku malu ah nak approach dia. Dah 8 bulan 10 hari aku pendam perasaan ini.

Jawapan: Bak no dia.


9. Aku dah lama tak solat. Dah cuba solat, tapi malas lik. Pastu aku tak solat terus. Camana nak rajin solat ni?

Jawapan: Jadi makmum aku.


10. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-bila. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. ( cuz dah macam syirik lak )


11. Serabut betullah aku tengok nasihat-nasihat suruh bertudung, tutup aurat ni. Aku tahulah benda tu. Nanti-nantilah, tunggu aku ready sikit dulu. Tunggu sampai seru. Apa la..nak tegur pun agak-agaklah..tahulah org tu dah tutup aurat, sibuk plak nak kisah hal org lain. Laser plak tu tegur org. Kan kan kan? ( ajak org mengumpat sekali )

Jawapan: Allahumma ameen! ( doa terus dalam hati supaya dilembutkan hati yg tak tutup aurat tu, bukan p redha je dengan kata2 dia )


12. Aduh! Mahal la plak keluarga belah pompuan nak. Aku bajet Rm10 ribu je. Dorang nak Rm20ribu. Nak grand2 buat kat hotel segala bagai lak. Nak outdoor2 photoshoots la plak. Camana ni bos?

Jawapan: Bincanglah. Kalo failed, cancel je la.


13. Hati aku tak tenang dowh. Akhir-akhir ni gelisah, resah je. Semangat pun down je. Adoiyai. Sedih plak tetibe.

Jawapan: Nah ( bagi youtube Syeikh Mishari Rasyid baca al-Quran )


14. Hati aku tak tenang gak la. Entah la nape ngn hati ni. Tak tenteram gile-gile.

Jawapan: Jom! ( bawak dia p ke masjid bersolat, dgr tazkirah dll..bukan bawak pi dangdut )


15. Gile ah politik tanahair. Situ rasuah, sini pecah amanah, sana pakai duit rakyat, situ caci-maki, sinun fitnah-fitnah, sunun kata mengata. Sana kata dia betul, sini kata aku betul. Semua nak menang. Pening aku!

Jawapan : Tukarlah!


16. Aku dah lama jadi org tak baik. Aku berdosa. Aku banyak buat salah. Aku ada wat dosa besar. Aku rasa Allah takkan terima dah diri aku ni. Baik aku terus je wat dosa dan masuk neraka. Tu mmg layak utk aku. Aku ada suka someone ni, tapi dia lebih baik dari aku dan aku tak layak utk dia. Ko rasa2 aku layak tak dapat dia. Dapat tak aku jadikan dia pasangan aku?

P.S/ Jawapan untuk solan 16 tanya lah hati masing2...bertaubat lah...

Thursday, August 1, 2013

Guru & Murid

Diceritakan bahawa ada seorang murid yang telah tamat pengajian dengan seorang guru. Maka sebelum ia berangkat pulang ke kampung halaman, si murid meminta tawsiyah (pesanan) dari gurunya tentang bagaimana harus ia lakukan ketika menghadapi godaan nafsu & syaitan.

Si guru berfikir kemudian menjawab dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dia menjawab soalan muridnya itu dengan melontarkan soalan: "Anakku, cuba bayangkan jika engkau diundang untuk bertamu di rumah seseorang. Ketika engkau tiba di depan pintu rumahnya, kau mendapati ada seekor anjing sedang menghalang engkau dari memasuki rumah itu. Katakan kepadaku apa yang akan engkau perbuat dengan anjing itu pada ketika itu?"

Jawab si murid: "Akan aku ambil batu dan lempar ke arah anjing itu agar aku mengusirnya".

Tanya gurunya lagi: "Tapi jika setelah itu, dia datang lagi di hadapan pintu itu?" "Akan aku lempar lagi dengan batu yang kedua" jawabnya. Dan setiap kali gurunya bertanya soalan itu, dia memberikan jawapan yang sama.

Maka sang guru pun berkata: "Kalau begitu, engkau akan menghabiskan masa dengan melempar batu dan anjing itu akan tetap kembali lagi. Engkau akan tertinggal jamuan yang engkau diundang kepadanya oleh si tuan rumah." Dengan kehairanan, muridnya pun bertanya: "Kalau begitu, bagaimana yang harus aku lakukan pada menurutmu, wahai guruku?"

Dengan tenang si guru memberikan suatu penyelesaian yang tidak terfikir oleh si murid tadi: "Bukankah anjing itu kepunyaan tuannya? Kenapa tidak engkau memanggil si tuan rumah untuk mengusir anjingnya itu. Si anjing pasti akan segera patuh kepada perintah tuannya tanpa perlu engkau bersusah payah mengusirnya dengan daya usahamu".

Si murid termenung sejenak memikirkan jawapan gurunya. Gurunya menerangkan: "Begitulah hendaknya engkau ketika berhadapan dengan godaan nafsu dan syaitan. Nafsu & syaitan itu adalah ibarat anjing tadi. Ketika engkau sudah diundang untuk bertaubat kepada Allah, engkau akan mendapatkan anjing syaitan dan nafsumu di depan pintu rahmat Tuhanmu. Janganlah kau menghabiskan segenap tenaga untuk mengusir godaan-godaan itu. Mohonlah kepada Allah Yang Maha Menciptakan syaitan dan nafsumu itu agar diusir mereka, dan engkau akan dengan mudah dapat memasuki ke pintu rahmat dan keampunan Allah dengan pertolongan Allah سبحانه وتعالى. Itulah jawapanku bagi soalanmu tadi."

Terima kasih, Guru!

Benarlah ungkapan para Ulama:
لولا المربي ما عرفت ربي
Lau-lal mu-rab-bi ma 'a-raf-tu Rab-bi

Kalau tidak kerana guru yang mendidikku, nescaya tidak akan aku kenal Tuhanku!

Wednesday, July 31, 2013

In Team - Insan Taqwa



Ramai manusia
Yang hidup di dunia ini
Berbagai cara dan gaya yang tersendiri
Ada yang ingin bertuhan
Ada yang tak memerlukannya
Namun kita sebenarnya
Allah yang punya

Bertuhankan Allah
Yang sebenar-benarnya aaa...2x

Kita ini manusia
Tak lepas dari salahnya
Tapi hendaklah sentiasa
Kembali kepada-Nya
Tuhan itu Pengasih
Tuhan itu Penyayang
Dia Maha Pengampun segala dosa

Bermohonlah ampun
Dari segala dosa aaa...2x


Allah itu Tuhan kita
Wajiblah disembah
Rezeki kita di dunia
Dia tentukannya

Berimanlah kepada-Nya
Patuhilah suruhan-Nya
Janganlah kita leka
Jangan pula di lupa

Insan yang bertaqwa
Allah janjikan syurga aaa...2x

Tuesday, July 30, 2013

Bagaimana pula dengan syurga ?

Suatu hari Ibrahim bin Adham (wali Allah) ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelak itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?" :')

Thursday, July 25, 2013

Note 98

Awak...
Sejak pertama kali kita kenal
Saya tak pernah sorok apa2 dari awak
Saya takut saya akan buat awak kecewa kalau awak dapat tahu saya tipu
Sebab tu saya nekad saya tak akan tipu awak walau apa cara sekalipun
Sebab saya betul2 cintakan awak
Saya tak nak antara kita ada rahsia
Saya tak nak hubungan kita dibina atas penipuan
Tapi sayang seribu kali sayang
Dengan sedikit salah faham itu awak gugurkan saya dari hati awak
Awak abaikan segala yang saya rasa
Segala penjelasan saya awak tolak ketepi
Awak lebih ikutkan kata hati awak
Teruskanlah........
Mungkin itu yang awak nak selama ni
Awak nak saya pergi dari hidup awak
Awak nak bebas
Saya lepaskan awak walaupun hati tak pernah rela
Terima kasih atas segalanya!

Tuesday, July 16, 2013

Ku Sangka Orang Gila

Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu...

# sumber : facebook

Ya Hanana - Versi Melayu


YA HANANA - Versi Melayu

Telah Terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita
Kelahiranmu Muhammad
Anugerah daripada ALLAH

Beruntunglah, Beruntunglah
Di utus Nabi Muhammad

Penghimpun segala rahsia
Tujuh Ayat Al-Fatihah
Tiada yang sama sepertimu
Dan dariNya wahyu untukmu

Terpisah bulan keranamu
Menggetarkan jiwa yang lesu
Umatmu menjadi kebangganmu
Terkenal serata dunia

Sungguh manis senyumanmu
Menawan hati yang rindu
Alangkah lembut belaianmu
Terasa hangat kasihmu

Selawat salam ke atasmu
Dan jua para ahlimu
Untuk kami syafaat kau beri
Luasnya tidak terperi

Wednesday, July 10, 2013

Note 97

Tanpa Pertemuan
TiadaLah PerPisahan
Tanpa PerPisahan
TiadaLah Kenangan
Tanpa Kenangan
TiadaLah Ikatan
Tanpa Ikatan
TiadaLah PerSahabatan
Tuhan AnugerahKan Kita Kawan
Untuk Kita BerKongsi PeRasaan
Andai TerJadi PerCintaan Antara Rakan
Itu Anugerah TerIndah Dari Tuhan
Namun Jika TerJadi DiSeBalik KeJadian
Jangan Pernah BerMusuhan
Terima Dengan Penuh KeMatangan
PerCayaLah Hidup Akan Ada KeTenangan

Wednesday, June 26, 2013

Note 96

Mencari kebahagiaan dalam sesuatu yang fana dan tidak kekal hanyalah merupakan sesuatu yang tidak masuk akal...

Wahai Yang Maha Melihat,
Maha Mendengar setiap lubuk jiwa
Wahai Engkau Yang diharap-harap dengan cemas dan rindu
Ketika kesulitan menghadang
Wahai Tempat Mengadu segala resah gelisah
Anugerahi kami kebaikan dan keindahan
Sebab semua kebaikan terhimpun pada Diri-Mu

Tidak ada jalan lain bagi kami kecuali mengetuk pintu-Mu
Seandainya Kau tolak, pintu mana lagi yang bisa kami ketuk
Hanya kefakiran kami yang bisa menjadi tangga kepada-Mu
Dengan kefakiran, kami persembahkan keperluan kami kepada-Mu
Jika Karunia-Mu terhalang dari hamba-Mu yang fakir ini..?
Siapa lagi kah yang bisa kami sebut dan kami seru namanya..?

Note 95

Yahya bin Mu’adz menuturkan,

Sesungguhnya penipuan yang paling besar bagiku adalah terus menerus berbuat dosa dengan disertai pengharapan ampunan tanpa adanya penyesalan, dan berharap dekat dengan Allah tanpa melakukan ketaatan.

Engkau menunggu berseminya benih di surga dengan menyebar benih di neraka, dan meminta rumah orang-orang yang ta’at dengan kemaksiatan, menunggu balasan tanpa amal perbuatan, dan mengharapkan ampunan dosa dari Allah Ta'ala dengan berbuat melampui batas.

Engkau Mengharapkan keselamatan akan tetapi tidak berjalan di jalan keselamatan tersebut, sesungguhnya perahu itu tidak akan pernah bisa berjalan di tempat yang kering."

Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Raudhathul ‘Uqalaa` (hal. 248), perkataan di sandarkan kepada Abi Al ‘Atahiyah. Selamat menafakuri dan menangisi diri ( dikutip dari Sahabat AlQuran )

Note 94

Suatu Ketika Seorang Istri bertanya kepada suaminya...

Istri : “Wahai Suamiku, adakah wanita lain yang lebih cantik daripada diriku?”

Suami : “Aku Tidak tahu”

Sang Istri pun bertanya kembali...

Istri : “Wahai Suamiku, adakah wanita lain yang lebih baik daripada diriku?”

Suami : “Aku Tidak tahu”

Sang Istri pun geram dengan jawaban sang suami...

Istri : “Wahai suamiku,mengapa engkau selalu menjawab tidak tahu?”

Suami : “Wahai Istriku, ibu dari anak-anakku, Bagaimana aku tahu dan bagaimana aku bisa sibuk dengan wanita lain sedangkan di hadapanku ada seorang bidadari yang rupawan yang mampu membuat hatiku tertawan dengan akhlaknya yang menawan. Ketahuilah istriku, kiranya raja tak akan sempurna tanpa seorang ratu, maka begitupun diriku tak akan sempurna tanpa kehadiranmu di sisiku”

Istri : (tersenyum dan tertunduk malu)

Note 93

Tidak ada kesedihan yang Allah izinkan hadir dalam kehidupan, melainkan untuk jadi pembelajaran dan kekuatan

Bukan bersedih sebab kejadian, namun sebab belum pahamnya diri terhadap maksud Allah dalam menghadirkan kejadian

Bahagia dan duka hanyalah rangkaian episod yang sudah sunatullah dipergilirkan

Tuesday, June 25, 2013

Mahabbah

Seampuh-ampuhnya ilmu jika membuat sengsara pasti datangnya dari setan. Ada amalan bukan utk pelet tapi untuk mendatangkan mahabah (cinta) jika dia memang jodoh kita insyaallah diberi jalan oleh Allah jika tidak, bisa jadi saudara dan dia tidak ada efek sampingnya.

Ini bisa disebut amalan juga bisa disebut doa mahabbah, amalan cukup mudah, dilakukan setiap sehabis sholat fardhu BERJAMAAH di masjid selama 40 hari:

Tawasul kpd :
Rasulullallah s.a.w
Sahabat Baginda
Syeikh Abd Qodir
Para Wali Songo
Ahli Kubur khususnya orang tua kita

Kemudian...
Subhaanallahil ‘adhiimi Subhanaallahi wabihamdihi…33x
Alhamdulillaahi rabbil ‘alaamiina, shukron lillahi ta’ala…33x
Allahu Akbar, Allahu dhul-Jalali wal-Ikram…33x
Laailaaha illallahu wahdahuu laa syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wahuwa ‘ala kulli syai’in qadiir…3x


Doa:

"ALLAHUMMA ANTAL-AZIIZUL-KABIIR, WA ANAA ‘ABDUKADH-DHA’IIFUDZ-DZALIIL, ALLADZII LAA HAWLA LII, WALAA QUWATA ILLAA BIKA. ALLAAHUMMA SAKHKHIRLII FULAANAN (sebutkan nama orangnya) KAMAA SUKHKHIRA FIR’AWNU LII MUUSAA, WALAYYIN LII QALBAHU KAMAA LAYYANTAL-HADIIDA LII DAAWUD. FA INNAHU LAA YANTHIQU ILLAA BI IDZNIKA, NAASHIIYATUHU FII QABDHATIKA, QALBUHU BIYADIKA. JALLA TSANAA’U WAJHIKAL-KARIIM, YAA ARHAMAR-RAAHIMIIN. ALLAAHUMMA LAYSA FIL-HAWAA’I DZARRAATUN WALAA FIS-SAMAA-I QATHARAATUN WALA FIL-ARDHI MADARAATUN WALA FIL-HAYAWAANI LAHAZHAATHUN WALAA FIL-QULUUBI KHATHARAATUN ILLAA WAHIYA LAKA SYAAHIDATUN WA’ALAYKA DALLATUN, SAKHKHIRLII QALBA FULAAN (sebut lagi namanya) WADFA’ ‘ANNII SYARRAH, INNAKA ‘AALAA KULLII SYAY’IN QADIIR"

Artinya:

"Ya Allah, Engkaulah Yang Mahamulia lagi Mahabesar, dan aku hamba-Mu yang dho’if lagi hina, yang tidak ada daya dan kekuatan bagiku melainkan dengan izin-Mu. Ya Allah, tundukkan-lah bagiku si Fulan (sebutkan namanya) sebagaimana Fir’aun ditundukkan bagi Musa, dan lunakkanlah hatinya bagiku sebagaimana Engkau telah melunakkan besi bagi Daud. Karena sesungguhnya ia tidak bertutur kata melainkan dengan izin-Mu, ubun-ubunnya berada di genggaman-Mu. Sungguh besar keagungan wajah-Mu yang mulia, wahai Yang Paling Pengasih diantara yang pengasih. Ya Allah, tidak ada zarah (atom) di udara, tidak ada rintik-rintik hujan di langit, tidak ada hewan maupun lintasan di dalam hati, melainkan menjadi bukti bagi keberadaan-Mu dan menjadi petunjuk atas-Mu. Tundukkanlah untukku hati si Fulan (sebut namanya lagi) dan hindarkanlah dariku kejahatannya (keburukannya). Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

# boleh juga jika diamalkan pada selepas waktu solat isya' & ke atas sebanyak 41x bacaan doannya

Wednesday, June 19, 2013

Raja ego & kudanya

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu.

Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler.Suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi. Itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.

Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk. (Senak la agaknya kot…)

Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”

Dengan selambanya budak tu jawab,“Nak kena jentik lagi…?”

Tuesday, June 18, 2013

Ismul A’dhoom Sayyidina Ummarah bin Zaid R.a

Kaifiatu ‘amal :

Jika akan membaca Ismul A’dhoom itu berpuasa terlebih dahulu pada hari kamis ( puasa biasa )

Asma dibaca setelah lewat tengah malam / sepertiga malam ( waktu sahur )

Tawasul sebelum membaca Ismul A’dhoom :

Al-fatehah…( niatkan )…nuhdiihaa ilaa hadroti Sayyidina wa habibina Rasulullah Muhammad ‘bni Abdullah wa ajwazihi wa dzurriyaatihi wa ahli baytihi wa saa-iril anbiyaa-i wal mursaliin wa ali kulli minhum wa shohhabati ajma’iin. Tsumma nuhdi tsawabahaa ilaa khoodimil yauumi, tsumma ila arwahil malaikatil muqorrobiin, tsumma ilaa arwahi rijalil ghoib ainamaa kaanuu hallat arwaahahum min masyaariqil ardhi ilaa maghooribihaa barrihaa wa bahrihaa.

Tsumma ilaa ruuhi Sayyidina Muhajjir ilallah Ahmad bin Isaa, wa Sayyidina Al-Faqihul Muqoddam Muhammad bin Ali Ba’alawi, wal Habib Abdurrahman bin Muhammad As-seqaf, wal Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad shohibur rotib, wal Habib Alwi bin Ahmad Bahsin,tsumma ilaa ruuhi Al-Habib Ahmad bin Alwi Bahsin, tsumma ilaa ruuhi Al-Habib Ali bin Hasan Al-Atthas,tsumma ilaa ruuhi shohibul wirid Sayyidina Ummaroh bin Zaid. Ra.

Tsumma ilaa arwaahi amwaatanaa khosh-shoh wa amwaatil muslimiina wal muslimaati ‘ammah.Bi-annallaha yataghosy-syaahum birrohmaati wal maghfirooti wayusak-kinuhumul jannah birohmaatihi. Asta’iinu min barokatihaa bi-annallaha yubal-lighu maqooshidanaa wa yaqdhii hajaatinaa wa yaktubus-salamata ‘alaina min syarril jinni wal insii waman aroodanaa bisuu-in, wa ilaa hadrotin nabiyyi Muhammadin Sholallahu ‘alaihi wa alihi wassallama. Al-Fatihah…..1x

Ma’na tawasul diatas :

“ Alfatihah…(niat)…kehadirat sayyidina kekasih kami Rasulullah Muhammad SAW bin Abdillah, dan kepada istri-istri beliau, dan anak keturunanya serta seluruh keluarganya dan kepada para Nabi dan Rasul dan semua keluarga mereka dan semua shahabat-shahabatnya.

Kemudian ditujukan kepada semua Malaikat yang menjaga hari, dan kepada semua Malaikat yang dekat kedudukannya kepada Allah, kemudian kepada semua Rijal Ghoib dimanapun berada baik yang berada disebelah timur bumi sampai sebelah barat, baik dilautan maupun didaratan. Kemudian kehadirat Pemimpin kami Al-Muhajir Ilallah Ahmad bin Isa, juga kepada Sayyidina Al-Faqihil Muqaddam Muhammad bin Ali Ba ‘Alawi, kepada Sayyidina Al-Habib Abdurrahman bin Muhammad Asseqaf, dan Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad shohibur Ratib, juga untuk Habib Alwi bin Ahmad Bahsin. Kemudian kepada kehadirat Al-Ustadz Al-Habib Ahmad bin Alwi Bahsin. Kemudian juga kepada..........( sebut nama yang ingin di Fatehai ).

Al-Fatihah khusus kepada semua mereka yang wafat dari orang-orang muslim seluruhnya, Sesungguhnya Allah menolong mereka dengan Rahmat dan Ampunan dan menempatkan mereka di surga dengan rahmatNYA.Aku meminta pertolongan dengan sebab keberkahan Alfatihah dan mereka yang tersebut karena sesungguhnya Allah menyampaikan maksud kami dan mengabulkan hajat kami serta memberikan keselamatan atas kami dari kejelekan jin dan manusia serta orang-orang yang berniat jelek pada kami.Dan kehadirat Nabi Muhammad SAW. AlFatihah……1x

Bismillahir rahmaanir rahiim.
Wa lillahil asmaa-ulhusna faad’uuhu biha...

Yaa Allah, Yaa Robbu, Yaa Rohman,Yaa Rohiim, Yaa Maliik, Yaa Muhiith, Yaa Qodiir, Yaa ‘Aliim, Yaa Hakiim, Yaa Tawwabu, Yaa Bashiiru, Yaa Wasii’u, Yaa Samii’u, Yaa Badii’u, Yaa Kaafi, Yaa Ro’uufu, Yaa Syaakiru, Yaa Wahiidu, Yaa Ghofuuru, Yaa Haliimu, Yaa Qoobidhu, Yaa Baasithu, Yaa Hayyu, Yaa Qoyyumu, Yaa ‘Aliyyu, Yaa ‘Adhiimu, Yaa Waliiyu, Yaa Ghoniyyu, Yaa Qoo-imu, Yaa Wahaabu, Yaa sarii’u, Yaa Khobiiru, Yaa RoQiibu, Yaa Hasiibu, Yaa Syahiidu, Yaa ‘Afuwwu, Yaa Muqiitu, Yaa wakiilu, Yaa Faathiru, Yaa QooHiru, Yaa Dhohiiru, Yaa Qodiiru, Yaa Lathiifu, Yaa Muhyii, Yaa Mumiitu,Yaa Ni’mal maula Yaa Ni’man Nashiiru, Yaa Hafiizhu, Yaa Qoriibu, Yaa Mujiibu, Yaa Hamiidu, Yaa Majiidu, Yaa Fa’alu limaayuriidu, Yaa Waduudu, Yaa Kabiiru, Yaa Muta’aalii, Yaa Mannaanu, Yaa Kholaaqu, Yaa Shoodiqu, Ya Waaritsu, Yaa Baa’itsu, Yaa Kariimu, Yaa Haqqu, Yaa Mubiinu, Yaa Nuuru, Yaa Hadii, Yaa Fattahu, Yaa Syakuuru, Yaa Ghofaaru, Yaa Qoobiluttaubi, Yaa Syadiidal ‘Iqoobi Yaa Dzath-thouli, Yaa Hayyu, Yaa Rozaqqu, Yaa Dzal Quwwatil matiinu, Yaa Barru, Yaa Maliiku, Yaa Muqtadiru, Yaa Robbal Masyriqoini Yaa Robbal Maghribaini, Yaa Dzal Jalaali Wal Ikroomi, Yaa Awwalu, Yaa Akhiiru, Yaa Dhoohiru, Yaa Baathinu, Yaa Maliku, Yaa Quddus, Yaa Salaamu, Yaa Mu’miinu, Yaa Muhaimiinu, Yaa ‘Aziizu, Yaa Jabbaaru, Yaa Mutakabbiru, Yaa Khooliqu, Yaa Barii’u, Yaa Mushowwiiru, Yaa Mubdi-u, Yaa Mu’iidu, Yaa Ahadu, Yaa Shomadu...

Allahumma inni as-aluka Yaa Allah bismikal ‘Adhiimu wa bihaqqi Asmaa-ikal Husna inni taisirlii Haajati wa antaqdhi maqshuudii……( Hajat kita ).

Allahumma inni as-aluka bijamii’i asmaa-ikal husna maa’alimtu minhaa wa maalam a’lam wa as-aluka bismikal ‘adhiimil a’dhoomul Kabiiril akbar.Alladzii man da’aaka bihi ajabtahu wa man sa-alaka bihi a’thoytahu.

Ini rincian Asma yang berada didalam surah didalam Al-Qur’anul Kariim :

5 Asma di dalam surat Al-Fatehah :
Yaa Allah, Yaa Robbu, Yaa Rohman,Yaa Rohiim, Yaa Maliik

23 Asma didalam surah Al-BaQorah :
Yaa Muhiith, Yaa Qodiir, Yaa ‘Aliim, Yaa Hakiim, Yaa Tawwabu, Yaa Bashiiru, Yaa Wasii’u, Yaa Samii’u, Yaa Badii’u, Yaa Kaafi, Yaa Ro’uufu, Yaa Syaakiru, Yaa Wahiidu, Yaa Ghofuuru, Yaa Haliimu, Yaa Qoobidhu, Yaa Baasithu, Yaa Hayyu, Yaa Qoyyumu, Yaa ‘Aliyyu, Yaa ‘Adhiimu, Yaa Waliiyu, Yaa Ghoniyyu

4 Asma di dalam surah Ali Imran :
Yaa Qoo-imu, Yaa Wahaabu, Yaa sarii’u, Yaa Khobiiru

6 Asma di dalam surah An-Nisaa :
Yaa RoQiibu, Yaa Hasiibu, Yaa Syahiidu, Yaa ‘Afuwwu, Yaa Muqiitu, Yaa wakiilu

5 Asma di dalam surah Al-An’am :
Yaa Faathiru, Yaa QooHiru, Yaa Dhohiiru, Yaa Qodiiru, Yaa Lathiifu

2 Asma di dalam Surah Al-A’raf :
Yaa Muhyii, Yaa Mumiitu

2 Asma di dalam Surah Al-Anfal :
Yaa Ni’mal maula Yaa Ni’man Nashiiru

7 Asma di dalam Surah Al-Hud :
Yaa Hafiizhu, Yaa Qoriibu, Yaa Mujiibu, Yaa Hamiidu, Yaa Majiidu, Yaa Fa’alu limaayuriidu, Yaa Waduudu

2 Asma di dalam Surah Ar-Ra’ad :
Yaa Kabiiru, Yaa Muta’aalii

1 Asma di dalam Surah Ibrahiim :
Yaa Mannaanu

1 Asma di dalam Surah Al-Hijr :
Yaa Kholaaqu

2 Asma di dalam Surah Maryam :
Yaa Shoodiqu, Ya Waaritsu

1 Asma di dalam Surah Al-Haj :
Yaa Baa’itsu

1 Asma di dalam surah Al-Mu’minun :
Yaa Kariimu

3 Asma di dalam surah An-Nuur :
Yaa Haqqu, Yaa Mubiinu, Yaa Nuuru

1 Asma di dalam surah Al-FurQon :
Yaa Hadii

1 Asma di dalam Surah As-Saba’ :
Yaa Fattahu

1 Asma di dalam Surah Al-Fathir :
Yaa Syakuuru

4 Asma di dalam Surah Al-Mu’miin :
Yaa Ghofaaru, Yaa Qoobiluttaubi, Yaa Syadiidal ‘Iqoobi Yaa Dzath-thouli

3 Asma di dalam Surah Az-Zariyat :
Yaa Hayyu, Yaa Rozaqqu, Yaa Dzal Quwwatil matiinu

1 Asma di dalam Surah At-Tuur :
Yaa Barru

2 Asma didalam Surah Al-Qomar :
Yaa Maliiku, Yaa Muqtadiru

3 Asma di dalam Surah Ar-Rahman :
Yaa Robbal Masyriqoini Yaa Robbal Maghribaini, Yaa Dzal Jalaali Wal Ikroomi

4 Asma di dalam Surah Al-Hadid :
Yaa Awwalu, Yaa Akhiiru, Yaa Dhoohiru, Yaa Baathinu

11 Asma di dalam Surah Al-Hasyr :
Yaa Maliku, Yaa Quddus, Yaa Salaamu, Yaa Mu’miinu, Yaa Muhaimiinu, Yaa ‘Aziizu, Yaa Jabbaaru, Yaa Mutakabbiru, Yaa Khooliqu, Yaa Barii’u, Yaa Mushowwiiru

2 Asma di dalam Surah Al-Buruj :
Yaa Mubdi-u, Yaa Mu’iidu

2 Asma di dalam Surah Al-Ikhlas :
Yaa Ahadu, Yaa Shomadu

Friday, June 14, 2013

Note 92

JIKA seADAnya...

Bagai beliung dengan asahan,
Bagai dakwat dengan kertas,
Bagai bertepuk sebelah tangan,
Bagai bersiul sambil menganga,
Bagai cembul dapat tutupnya,
Bagai dulang dengan tudung saji,
Seperti telap dengan tutupnya,
Umpama kunyit dengan kapur,
Bagi pinang dibelah dua,
Umpama lepat dengan daun,
Bersua beliung dengan sangkal,
Diuji sama merah,ditahil sama berat,
Bagai isi dengan kuku,
Bagai hempedu lekat di hati,
Laksana keroncor dengan belangkas,
Umpama api dengan asap,
Berjarak serasa hilang...bercerai serasa mati,
Bagaikan paku lekat dipapan,
Bagai inai dengan kuku,
Bagai gerup dengan sisir,
Bagai elak bercerai dengan benang,
Bagai badan sudah senyawa...

ALANGKAH INDAHnya...

Note 91

Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Di hujung pertemuan..

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu...

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu..
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya...

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya..

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doa kupohonkan
Moga diperkenankan
Dipertemukan suatu masa nanti..

Wednesday, June 12, 2013

Asma' 70.000 Malaikat

Bersabda Nabi Muhammad SAW (terjemahan arabnya):
Barang siapa membaca diwaktu Subuh tiga ayat dari akhir surat Al Hasyr, niscaya Allah SWT mempertaruhkannya kepada Tujuh Puluh Ribu malaikat yang bersholawat kepadanya sampai masuk waktu petang. Apabila ia meninggal pada hari itu, maka ia MENINGGAL SEBAGAI ORANG YANG SYAHID . dan barang siapa membacanya di waktu petang (Maghrib), adalah dia ditempat yang telah diterangkan itu”.

(H.R. At Turmudzy : Al Azkar : 39)

Penyelarasan:

sebelum membaca asma’ nya bacalah
1. SAHADAT - 33x

2. SHOLAWAT - 33X

3. LAA ILAAHA ILALLAHU WAHDAHULA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAIIN QODIR - 11x

4. SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WA LAA ILAAHA ILALLAH HUALLAHU AKBAR        - 3x.

Berikut bacaan Amalannya (Khawatim Al Hasyr):

“A’UDZU BILLAAHISSAMII’IL ‘ALIM MINASY-SYAITHONIR-ROJIIM”
1). HUALLAHULLAZI LAA ILAHA ILLAHUWA ‘ALIMUL GHOYBI WASY SYAHADATI HUWARROHMANURROHIM

2). HUALLAHULLAZI LAA ILAHA ILLAHUWAL MALIKUL QUDDUSUSALAMUL MU’MINUL MUHAYMINUL ‘AZIZUL JABBARUL MUTAKABBIRU SUBHANALLAHI ‘AMMA YUS RIKUN

3). HUALLAHUL HOLIQUL BARI-UL MUSOWWIRU LAHUL ASMAA’UL HUSNA YUSABBIHU LAHU MA FISSAMAWATI WAL ARDHI WAHUWAL ‘AZIZUL HAKIM

Artinya:

1.) Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2). Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

3). Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai Asmaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Lihat Tulisan ARABnya ada di Kitab Al-Qur’an, ayat 22, 23, 24, : Al Hasyr)

Keterangan:

Bila selalu rutin dibaca setelah sholat maghrib minimal 3x dan sholat subuh minimal 3x maka Allah mempertaruhkan 70.000 malaikat yang semuanya membaca sholawat yang semua sholawat itu diberikan pahalanya kepada yang membaca khawatim Al-Hasyr, dan bila yang membaca Khawatim Al-Hasyr meninggal pada hari itu, maka dia akan dihitung sebagai matinya orang yang mati SYAHID, nah, sudah siapkah kita untuk mati? satu detik lagi? dua menit lagi? 1 jam lagi? esok hari? sudah siapkah? yakin? Jawabannya ada di hati kita masing-masing

Thursday, June 6, 2013

Note 90

Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI... ALLAH ada dekat di hati kita ...

Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI... ALLAH sentiasa KASIHI kita ...

Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI... ALLAH ada LINDUNGI kita ...

Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI... ALLAH tetap tunggu kita ...

Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI... ALLAH perhatikan kita ...

Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI... ALLAH ada temankan kita ...

# Meski hati ter-LUKA,aku akan tetap ter-SENYUM...

Doa Kasih Sayang


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبِّي فِى حُبِّهَا وَحُبَّهَا (حُبِّهِ وَحُبَّهُ) فِى حُبِّي وَاجْمَعْ حُبَّنَا فِى حُبِّكَ وَعَلى مَحَبَّتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
(Allahummaj'al hubbi fi hubbihaa wahubbihaa (hubbihi wahubbahu) fi hubbi wajma' hubbanaa fi hubbika wa'ala mahabbatika yaa arhamarrohimin)
"Ya Allah! Jadikanlah cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukanlah cinta kami dalam mencintai-Mu dan di atas kecintaan-Mu; Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

# Suami baca yang diboldkan. Isteri baca yang di dalam kurungan.


Doa di atas boleh diamalkan pada setiap selepas solat fardhu atau solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.

Suatu Persinggahan



Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua...

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku TIDAK SEPADAN denganmu...

Hubungan kita suatu PERSINGGAHAN
BUKAN PENGABADIAN yang rela
*Pemergianku oh kerana terpaksa*
*Demi hidup yang lebih sempurna*
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak men-JANJI-kan
MAHLIGAI IMPIAN
Sebagaimana kau HARAP-kan...

Biarlah JAUH dari pandangan
Daripada dekat penuh SEKSA
Biar ber-DUKA biar MELARA
Dari SENGKETA sepanjang masa
JANGAN-lah engkau HARAP-kan
Ku meng-HAMBA-kan diri...

Nanti kau tahu ertinya SEPI
Bagaikan pisau menghiris api
Nanti kau tahu ertinya RINDU
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan ter-SIKSA
Jasad pasti MERANA...

# Lebih baik MENUNGGU orang yang TEPAT,daripada menerima siapa saja namun hanya SINGGAH untuk SEMENTARA...Ber-SABAR itu lebih baik daripada MENYESAL pd akhirnya

Wednesday, June 5, 2013

Note 89

the PERSON who LOVEs U more often & daily fight w/o any REASON but when U are SAD THEY are there to END your SADness


Note 88

Don't TRUST people whose feelings CHANGE with time
TRUST people whose feelings remain the SAME
EVEN when the time CHANGEs

Tegar - Aku yg Dulu



Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untuku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang Kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita Sekarang aku bahagia
Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untuku semua..

Monday, June 3, 2013

Note 87

BETUL, adakalanya makin JAUH kita LARI dari sesuatu PERKARA, makin DEKAT ia meng-HAMPIRI kita

PERCAYA tak?

Selama mana kita ber-LARI, selagi kita TAK ber-HENTI dan ber-DEPAN dengannya, ia TAKKAN SELESAI

Pusara diLebuh Raya



Dalam perjalan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi

Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti

Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

Nukilan Hati 11

erm...akhirnya Putra akan berhijrah ke kota raya
kerja sambil belajar...insya'Allah :)
belajar bidang lain lak...klu jadi Putra akan ada 2 kemahiran =)
itu pun 3 tahun akan datang lah :) klu msih bernafas lgi lh
selamat tinggal kenangan manis,masin,masam,pedas...bla...bla...bla kat sini
mulakan HIDUP BARU!
bulan 8 ni sempena hari Kemerdekaan...Putra pn 'MERDEKA' dari sini

SELAGI MASIH BERNAFAS!

hati2 memberi CINTA,jgn ter-SILAP lagi,jgn ter-PEDAYA lagi & harap2 jgn 'SAKIT' lagi

Thursday, May 30, 2013

Note 86

Jika kau tahu apa itu CINTA
Maka kau akan tahu bagaimana rasa CINTA

Jika kau tahu apa itu cinta
Pasti kau TAK-kan BERANI tuk ke-HILANGAN nya

Jika kau tahu apa itu CINTA
Pasti kau kan MENJAGA sebaik mungkin dia

Jika kau tahu apa itu CINTA
Pasti kau kan me-NANGIS menghayati-nya

Jika kau tahu apa itu CINTA
Pasti kau kan ber-TERIMA KASIH pada YANG ESA kerana kurnia-NYA

Jika kau tahu apa itu CINTA
Maka pasti kau kan tahu CINTA itu penuh dengan INDAH dan DUKA

Jika kau tahu apa itu CINTA
Sudah tentu kau tahu BELAJAR sesuatu daripada-nya

Jika kau tahu apa itu CINTA
Pasti kau kan per-TAHANKAN semampu sedaya

Kerana... ada di antara kamu
X mengerti CINTA
Dan X menghargai CINTA
Ada juga X mensyukuri

Note 85

Dalam kehidupan kita, Allah akan bagi satu peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita. Sekiranya kita leka, kita akan kehilangan buat selama-lamanya tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya, jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya. Mungkin setelah segalanya berlalu dan kita dah kehilangannya masa itu barulah kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna tapi mungkin kita tak berpeluang untuk memilikinya. Jadi, fahamilah hati seseorang itu sedalamnya, curahkanlah rasa kasih sayang padanya eikhlas hati, jangan cuba permainkan perasaannya.


P/s:CINTA bukan melemahkan HATI, bukan membawa PUTUS ASA, bukan MENIMBUL-kan tangis sedu-sedan, TETAPI... CINTA meng-HIDUP-kan peng-HARAPAN, MENGUAT-kan HATI dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan.

Note 84

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu. Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari...

P/s:CINTA itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. CINTA itu seperti sinar MATAHARI, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. CINTA itu seperti sinar MATAHARI yang MEMBERI KEHANGATAN di HATI.

Note 83

Kadang-kadang kita tak hargai cinta, KENAPA?
Sebab kita belum merasai kehilangannya.

Kadang-kadang kita merasai cinta dia, tapi tidak percaya, KENAPA?
sebab kita selau berfikir negatif tentang dirinya.

Kadang-kadang kita tak sedar hati kita betul-betul menyintai dia, KENAPA?
Sebab kita terlalu ego untuk mengakuinya.

Tapi...

bila 'tangan'nya yang kita selalu 'genggam' tiba-tiba berada di genggaman orang lain, apa perasaan kita ketika itu?

Jangan terus mengingati masa lalu kerana ia hanyalah sia-sia. Oleh itu hargailah orang yang rela berkorban untuk kita.

P/s:Cinta adalah sesuatu yang paling berharga dan bukan semua orang bertuah dapat memilikinya. Oleh kerana itulah selagi ada yang menyayangimu, belajarlah untuk menghargainya kerana mungkin tak akan ada orang lain selain si dia yang dapat membahagiakanmu dan mungkin cinta hanya berlaku sekali sahaja dalam hidupmu.

Hadith 3

Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:

10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6

Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).

“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu

Monday, May 27, 2013

Hadith 2

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَا أَحَدَ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ، وَلِذَلِكَ حَرَّمَ الْفَوَاحِشَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا، وَمَا بَطَنَ، وَلَا شَيْءَ، أَحَبُّ إِلَيْهِ الْمَدْحُ، مِنْ اللَّهِ، وَلِذَلِكَ مَدَحَ نَفْسَهُ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah SAW: “Tiada siapapun yang lebih pencemburu dari Allah, karena itulah Dia (SWT) melarang perbuatan dosa dan jahat, yang terang terangan atau yang tersembunyi, dan tiada siapapun yang lebih suka dipuji, selain Allah, oleh sebab itulah Dia (SWT) memuji Dzat-Nya (SWT) sendiri)"  (Shahih Bukhari)

Kalian juga tahu kan, kalau justru cemburu itu tanda cinta?
Ya,Allah sangat mencintai kita, makanya cemburu-Nya juga luar biasa saat kita menduakan-Nya.

Pada saat kita merasakan kita terbeban & tidak punya siapa di sisi,pd saat itulah Allah sedang memerhatikan kita dgn penuh rasa kecintaanNya...