Halaman

Friday, March 29, 2013

Note 61

NAK-kan seseorang,
tak semestinya kita DAPAT.

Bila dah DAPAT,
tak semestinya kita PUNYA.

Bila kita PUNYA,
tak semestinya akan BERSAMA.

Bila BERSAMA,
tak semestinya KEKAL selamanya.

Tapi segalanya TAK akan MUSTAHIL,
andainya JODOH itu milik kita...

Note 60

KiTa kerap bLARI mENGEJAR sesuatu yang BUKAN MILIK KiTa...
Yang langsung tAK berikan PERHATIAN kepada KiTa...
Mengapa KiTa tAK bHENTI sejenak dan mLIHAT ke blakang,
Mana tau ada SESEORANG yang tengah mENGEJAR KiTa jugak ? ...

KiTa sering maukan HARI yg CERAH tapi ALLAH lebih mENGETAHUI keNAPa HUJAN perlu dTURUNkan...

KiTa inginkan kSERONOKAN...
Tapi kSUSAHAN itu yang mENGAJAR erti kHIDUPAN...

KiTa inginkan kTENANGAN...
Tapi Hakikatnya diri KiTa penuh DOSA !!

KiTa takkan dapat LARI daripada kSILAPAN...
Semua tu bukan HUKUMAN tapi adalah tanda KASIH SAYANG ALLAH agar KiTa lebih bERIMAN...

Note 59

Words may lie, but actions will always tell the truth ~

Thursday, March 28, 2013

Hadith 1

Dari Abu Darda',bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Doa seorang muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab; pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas di mana bila ia mendoakan baik kepada saudaranya maka Malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan:
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu" "

(Riwayat Imam Muslim)

Kisah sebiji tembikai ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************



Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang & diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?"

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah & redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat & iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Moga mendapat i'tibar dari kisah ini. InsyaAllah..

Nukilan hati 3

Dia dah guna no.tel baru agaknya...
Okehhh ~

#kita bukannya MUSUH !

Note 58

Biarpun orang tak nampak apa kita buat,
ALLAH tak pernah bosan untuk tenung kita.

Bergantunglah...
pada yang TAK PERNAH MATI,
pada yang TAK PERNAH BOSAN dengan kerenah kita,
pada yang TAK PERNAH PENAT penuhi permintaan kita,
pada yang TAK PERNAH MERUNGUT bila kita membebel,
pada yang TAK PERNAH MALAS dengan luahan hati kita,
pada yang TAK PERNAH MENGATA kita,
pada yang TAK PERNAH MENGANTUK atur hidup kita.
Yang tidak ada selain DIA, hanya ALLAH tempat kita berpaut & bertaut.

Note 57

Ajarilah kami bagaimana...
MEMBERI sebelum MEMINTA,
berFIKIR sebelum berTINDAK,
SANTUN dalam berBICARA,
TENANG ketika GUNDAH,
DIAM ketika EMOSI melanda,
berSABAR dalam setiap UJIAN.

Jadikanlah kami orang yang...
se-LEMBUT Abu Bakar As-Siddiq,
se-BIJAKSANA Umar bin Khattab,
se-DERMAWAN Uthman bin Affan,
se-PINTAR Ali bin Abi Thalib,
se-SEDERHANA Bilal &
se-TEGAR Khalid bin Walid radhiallahu'anhum

Amiin Ya Rabbal'alamin

Note 56

Kalau benar mencintai sesuatu
BUKTI-kan.
Kalau benar mencintai Rasulullah s.a.w
BUKTI-kan.

CINTA tanpa BUKTI is NOTHING...

Wednesday, March 27, 2013

Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


Senarai mp3 ceramah Ustaz Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap

01 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 01 - Islam Lakonan.mp3
http://mediafire.com/?rcn2eb2cfr5t5g9

02 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 02 - Imam Kafir.mp3
http://mediafire.com/?enn81paap9k6oqk

03 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 03 - Kasino Lawan Masjid.mp3
http://mediafire.com/?l7qguptk7p3pl7q

04 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 04 - Baiki Agama.mp3
http://mediafire.com/?5nmz0irxtgzd4bk

05 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 05 - Tauhid Sifat.mp3
http://mediafire.com/?xyvk9jvm1g9tv49

06 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 06 - Kun Fayakun.mp3
http://mediafire.com/?571aujg7f7b99l4

07 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 07 - Haji Sukma.mp3
http://mediafire.com/?3qyqjk57swxgh36

08 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 08 - Hidup Seribu Tahun.mp3
http://mediafire.com/?4q1j1r4wj5hz942

09 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 09 - Kakap Merah.mp3
http://mediafire.com/?z61e60m26a046wb

10 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 10 - Senang Tapi Susah.mp3
http://mediafire.com/?4rw3wairx4ewo94

11 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 11 - Kenal Malaikat.mp3
http://mediafire.com/?am5ln1xwx18uz0c

12 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 12 - Ana Anta.mp3
http://mediafire.com/?rrgsrumm459jirj

13 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 13 - Mukjizat Terakhir.mp3
http://mediafire.com/?54i093pjsnjxeaj

14 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 14 - Fesyen Lama.mp3
http://mediafire.com/?cxpm63itp0dnypc

15 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 15 - Kenal Nabi.mp3
http://mediafire.com/?vdkgaagkxmhbgg0

16 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 16 - VIP Mahsyar.mp3
http://mediafire.com/?6wk5cdcdsigp9l8

17 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 17 - Melayu Tiruk.mp3
http://mediafire.com/?e5mz4eknnol3k16

18 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 18 - Pakej Mati.mp3
http://mediafire.com/?2dk80wuoul9x1h7

19 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 19 - Darul Arak.mp3
http://mediafire.com/?3h8b9jridutbgjk

20 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 20 - 3 Butir Batu.mp3
http://mediafire.com/?jitwzyewjhlcy39

21 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 21 - Bangkai Suci.mp3
http://mediafire.com/?76ni0crxp4qlovl

22 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 22 - Hormat Haiwan.mp3
http://mediafire.com/?a2lctx0ccrup3x1

23 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 23 - Imam 5 Tahun.mp3
http://mediafire.com/?url9027e03yie03

24 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 24 - Berkat Bismillah.mp3
http://mediafire.com/?tzsk1rlvf9i8l8j

25 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 25 - Hilang Aqal.mp3
http://mediafire.com/?7apaa05515d1o1i

26 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 26 - Rempit Kentut.mp3
http://mediafire.com/?8vvuu2l4qs18ucp

27 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 27 - Paksa Mandi.mp3
http://mediafire.com/?wi958yru5za4bm1

28 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 28 - Mandi Separuh.mp3
http://mediafire.com/?89sp74el5or3ay3

29 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 29 - Tangan Mozek.mp3
http://mediafire.com/?i4uz7ecwcbdp6cz

30 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 30 - Mimpi Tok Bilal.mp3
http://mediafire.com/?cps6q2rsha0h646

31 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 31 - Imam Tembo.mp3
http://mediafire.com/?og1h3rixzc3rk2v

32 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 32 - Solat Bercakap.mp3
http://mediafire.com/?6ckg6azcy77lhq4

33 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 33 - Pusing Kiblat.mp3
http://mediafire.com/?x1v02k30v3q1hiq

34 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 34 - Sokong Quran.mp3
http://mediafire.com/?7lx1ib7cg4m06r1

35 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 35 - Bulan Cerah.mp3
http://mediafire.com/?ij4jbr1f6ffooe3

36 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 36 - Bini Gila.mp3
http://mediafire.com/?80mo8w5wssze8eo

37 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 37 - Rukun Fatehah.mp3
http://mediafire.com/?9d5bk3xrfxpy26q

38 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 38 - Seluar Jin.mp3
http://mediafire.com/?l4b6r6jkasxk9z7

39 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 39 - Menantu JKK.mp3
http://mediafire.com/?ne4x6cn95ykpry5

40 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 40 - Wirid Dan Doa.mp3
http://mediafire.com/?6572z6nbhyiagy7

41 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 41 - Jadual Matahari.mp3
http://mediafire.com/?yc7lyfkflpc8suj

42 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 42 - Arab Bida'ah.mp3
http://mediafire.com/?547o2djd6d7s1m5

43 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 43 - Hukum Khunsa.mp3
http://mediafire.com/?lo9eble8qty5z2b

44 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 44 - Spoket Sutung.mp3
http://mediafire.com/?mwrndmzx3gk76et

45 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 45 - Khatib Dok Rok.mp3
http://mediafire.com/?1ujule78nye5e48

46 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 46 - Jamak Subuh.mp3
http://mediafire.com/?n9ij929tld951e1

47 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 47 - Sakit Tak Sembahyang.mp3
http://mediafire.com/?gd4f844edf8ep5m

48 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 48 - Pengurusan Mayat.mp3
http://mediafire.com/?ibvva7rcle5031q

49 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 49 - Bid'ah Kuburan.mp3
http://mediafire.com/?9ax1eb9w479r7dv

50 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 50 - Solat Ghaib.mp3
http://mediafire.com/?40gc335d5wi00lw

51 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 51 - Kelebihan Solat Jenazah.mp3
http://mediafire.com/?w8n4a19mp4abq9y

52 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 52 - Saham Kematian.mp3
http://mediafire.com/?4nnd97sw655dlpz

53 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 53 - Sembahyang Sunat.mp3
http://mediafire.com/?aoy1762oz9le1pu

54 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 54 - Langkah Kanan.mp3
http://mediafire.com/?w54w160c000mx3x

55 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 55 - Pupuk Semangat.mp3
http://mediafire.com/?406t1y43xm4jzl5

56 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 56 - Sunat Istikharah.mp3
http://mediafire.com/?nrpjxri8u02o48n

57 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 57 - Khilaf Ulamak.mp3
http://mediafire.com/?id3cr28iuwuap8n

58 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 58 - Bilal Pelat.mp3
http://mediafire.com/?j79mba1x4a7vzak

59 - Azhar Idrus - Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap 59 - Sibuk Raya.mp3
http://mediafire.com/?8va2gnap34s6zq4

Tuesday, March 26, 2013

Note 55

Memang SAKIT nak ucapkan SELAMAT TINGGAL pada dia yang tak ingin kita lepaskan,
TAPI...lebih sakit lagi untuk tetap bertahan bila dia memang ingin pergi

Note 54

Kita kena sedar bahwa UNTUK MENERIMA HARUSLAH SEDIA MEMBERI
Bahwa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup

#Kisah Adam a.s & Hawa

Note 53

Kita merancang Allah swt juga merancang
tetapi perancangan Allah swt lebih baik
Allah swt lah sebaik-baik perancang
Kepada Dia lah jua aku serahkan...


Note 52

DARKNESS cannot drive out darkness
only LIGHT can do that

HATE cannot drive out hate
only LOVE can do that

Note 51

I can accept failure, everyone fails at something. But I can’t accept NOT TRYING

Monday, March 25, 2013

Note 50

Bertemu dalam kehidupan bukanlah pilihan,
Itu adalah KETETAPAN ...

Bila kita memutuskan untuk mencintai seseorang, 
Mempunyai segala kekurangannya, 
Itu bukan ketetapan,
Itu adalah PILIHAN...

Note 49

Dlm sesuatu perhubungan bukan hanya ada perasaan kasih,sayang,cinta tpi juga perlu ada KEKUATAN

& KEKUATAN itu yg telah hilang dari diriku

Note 48

Ya Allah...
ada saatnya aku bahagia
ada ketikanya aku terluka
nafasku yg sederhana ini,lelah seketika
tapi Kau masih dakapku dengan cinta-Mu
indah,semangat berulang semula
walau air mata mengalir hiba
disisiku Kau tetap ada
Alhamdulillah...

Note 47

Lari dan terus LARI
Tukar dan terus TUKAR
Padam dan terus PADAM
Sampai BILA ?

Friday, March 22, 2013

Note 46

BAGUSlah
TELANlah
HADAMlah
SEPUAS2nya...
samalah seperti 'MEREKA' yg trpaksa telan,hadam dgn tindakan KAU

Nukilan Hati 2

"hubungan ini TAK PENTING"
+
"SAHABAT"
=
"KAWAN"

cuma aku yg terhegeh2 sayang kat dia.tak faham2...

Note 45


Note 44


Note 42

Kalau nak kekal lama dgn orang yg awak sayang,jangan ambil contoh daripada cinta Romeo and Juliet.Tapi ambil contoh drpda cinta ADAM dan HAWA ~

Thursday, March 21, 2013

Note 41

Its so EASY to play with someone feelings,
so EASY to fool someone,
so EASY to make someone cry.

But it’s so HARD if you are the one who’s played with, fooled and the one who cried..!!!

Note 40

Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya.

Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan di jelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka.

Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan kita boleh menjadi diri kita sendiri, tak perlu make up,tidak perlu pakaian mewah semasa dengannya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu satunya insan yang dia sayangi...

Note 39


Note 38


Tuesday, March 19, 2013

Note 37


Note 36

Ya Allah,tunjukilah daku kpd org yg akn menunjukkan daku kepadaMu dan sampaikanlah daku kpd org yg menyampaikan daku kepadaMu ~

Note 35

i can't promise u a perfect relationship without arguments.However,i can promise u as long as u're trying,i'm staying...

Note 34


Note 33

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah. Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

#Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali

Note 32

~ orang yang membanyakkan doa ketika dalam keadaan lapang nescaya makbul doanya ketika dia susah ~

Monday, March 18, 2013

Note 31

Perempuan memang rumit. 
Kasih sayang mereka tiada tandingannya. 

Tapi..., 
kadang-kadang... 
mereka tak tahu bagaimana mahu tunjukkan kasih sayang mereka. 

Tapi percayalah... 
Kasih sayang itu tetap ada. 

Percayalah... 
Tiada lain yang indah di dunia selain cinta sejati yang dikurniakan Tuhan dalam setiap hati lembut manusia.

#Percayalahhh...

Friday, March 15, 2013

90 sifat lelaki ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


90 sifat lelaki yg anda perlu tahu...

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.(*utk suami isteri ja yea)

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah- masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)

P/s:nak menawan pasangan maka ketahuilah keinginannya dan kelemahannya.

Doa si adik ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul.

Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.

Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga Allah redha dengan kita.

Thursday, March 14, 2013

Yakin cintamu ku dapat ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


Kangen Band - Yakin cintamu ku dapat




Langkah kakiku semakin sesat
Saat dirimu hakimi hatiku
Namun ku coba selalu mengalah
Ku lakukan demi cinta

Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapat

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahwa cintaku ini takkan mati

Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapat

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahwa cintaku ini takkan mati

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan huwooo.. huwooo.. huwooo..
Bahwa cintaku ini takkan mati

Note 30

"Do not walk away from someone if you see some faults. Remember no one is perfect. It is the affection that matters not the perfection"

Menajamkan Penglihatan Mata ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


‎ [Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata] InsyaAllah...



Saya suka bertanya dengan orang alim dan ustaz2. Amalan ini saya dapat daripada ustaz sebelah biik guru saya (Ustaz Mazni), dipercayai ilmu tok-tok guru di pondok. InsyaALLAH berkesan kurangkan rabun dan tajamkan penglihatan. Saya kongsikan :

Semasa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)

# Ustaz pesan, ia juga membantu dengan khasiat ayat Al-Quran merawat penyakit mata dan JANGAN salah niat, nanti terbuka hijab nampak benda tak elok. Tapi NIATKAN mata dibuka hijab memilih jalan kebaikan dan pilihan yang terbaik (jodoh,kerjaya, sebagainya) . Jom amalkan.

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita. :)

#facebook - Pakar Diari Hati

Wednesday, March 13, 2013

Note 29

kita bkn xsepadan,
kita bkn xserasi,
kita bkn xfaham antara satu sama lain

kita cuma xjumpa TITIK PERTEMUAN ~

Note 28

~ Di dalam kegelapan, barulah kita akan lebih mengenal cahaya ~

Tuesday, March 12, 2013

Note 27

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup"

(H.R Bukhari)

Monday, March 11, 2013

Note 26

Laki bila cinta perempuan mng puji n jaga,
perempuan bila cinta laki mmg manja n dgr ckp,
tp bila gaduh or break barulah nmpk yg keduanya hipokrit,
sebenarnya berlakon utk mendapatkan perhatian dan membuatkan pasangan mencintai.

kita harus menerima pasangan seadanya tp "seadanya"itu yg baik kalau sifat buruk tu bkn patut diterima tp diubah.

manusia ada dua jenis satu yg berubah bila ditegur dan satu lg tak berubah sbb merasakan dia benar.

P/s:tade cinta sejati sbb manusia mencintai atas dasar sesuatu yg tertarik pd pasangan.ada gila harta,ada gila rupa,ada gila pangkat,ada gila nama dll.cinta akan beralih arah sbb manusia umpama lalang yg mana ditiup kesitu ia bergerak.kemana disukai dan ada tarikan disitu dia pergi.frust hanya sementara menunggu tertarik yg lain pula

kunci langit & bumi ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************



Laailahaillallah Muhammadurrasulullah,
fi kulli lamhatin wanafasin 'adada maa wasi'ahu 'ilmullah.

#antara kunci2 langit & bumi.istiqamah & rasakn sendiri keberkahannya

Friday, March 8, 2013

Note 25

Laailahaillallahul Malikul Haqqul Mubiin
(Tiada tuhan selain ALLAH,Penguasa Yang Maha Benar dan Maha Jelas)

Thursday, March 7, 2013

20 Petua ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


20 Petua Murah Rezeki yang Mustajab :-

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:
… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah (SWT)

Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:
Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi s.a.w.:
Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedomanm mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) .

Baginda s.a.w. bersabda:
Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) .Lawannya adalah kufur nikmat.

Allah (SWT) berfirman:
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Tuesday, March 5, 2013

Note 24

Bila tiba bab agama, semua sibuk jadi MUFTI,
Bila tiba bab negara, semua sibuk jadi MENTERI,
Bila tiba bab bangsa, semua sibuk jadi SEJARAWAN,
Bila tiba bab perang, semua sibuk jadi JENERAL,
Bila tiba bab solat, semua sibuk TOLAK MENOLAK tak mau jadi IMAM

- Realitinya kita hanya... KEYBOARD WARRIOR,
HEBAT HANYA DALAM FB,TWITTER,BLOG...
MENYALAK BAGAI MASTER, KAT LUAR KELU TAK TERKATA

Pohon hajat ampuh ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


Jika engkau mempunyai suatu hajat maka engkau mulai pada malam Rabu setelah solat maghrib langsung membaca 114x surah at-tholaq:2-3 (ayat 1000 dinar)



Kemudian membaca surat al-Qadr 4x setiap satu habis 1 x tiup kearah satu penjuru sampai 4 penjuru mulai dari kanan ,kiri,atas,bawah.Dan lakukan juga pada kedua malam berikutnya yaitu malam kamis dan malam jum’at maka hajatmu akan terwujud insya Allah

Apabila dalm minggu itu belum berhasil maka ulangi lagi pada minggu berikutnya sampai 3 x tidak usah engkau ragukan lagi akan terwujudnya dengan rahmat Allah Ta’ala.amalan ini dikalangan Habib terkenal dengan nama “pohon harta”

Monday, March 4, 2013

Note 23

when i pretend to be strong ... 
no one sees my hidden tears except ALLAH ~

Friday, March 1, 2013

Note 22

Cinta diukur bukan kerna rasa cinta itu sendiri,
Cinta diukur bukan sejauh mana ia menyintai,
Cinta diukur bukan sejauh mana ia memberi,
Cinta diukur bukan kerna rasa rindu yang menggunung.

Tapi...

Sejauh mana lillahi ta'alla dipatri,
Sejauh mana saling memperbaiki,
Sejauh mana saling menemani,
Sejauh mana terpaut pada yang Hakiki,
Semuanya kerana Allah SWT semata,

itulah cinta yang abadi...

kehilangan ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************



Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)