Halaman

Friday, September 26, 2014

Janggut

Hukum menyimpan janggut adalah
SUNNAH!
Jom baca kisah dibawah.
Kisah bermula dimana ketika itu
pada zaman Rasulullah s.a.w., ada
seorang sahabat yang berjanggut
nipis atau jarang-jarang (sekadar
sehelai dua) sedang mengambil
wuduk untuk bersembahyang di
masjid, Rasulullah tersenyum dan
memalingkan mukanya. Sahabat itu
pun merasa hairan dan dia
menyangka Rasulullah s.a.w. senyum
kerana janggutnya yang nipis itu dan
memalingkan mukanya kerana tidak
suka kepada janggutnya yang jarang
itu.
Keesokkan harinya sahabat lelaki
tersebut datang ke masjid setelah
mencukur janggutnya. Apabila
terserempak dengan Rasulullah
s.a.w, lelaki itu melemparkan
senyuman tetapi Rasulullah tidak
memandang langsung kepada lelaki
tersebut. Bertambah hairanlah
beliau, lalu diajukan pertanyaan
kepada Baginda:
"Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti
sebelum ini?"
Lalu Baginda menjawab..
"Sebelum ini aku nampak malaikat
berebut-rebut untuk menadah air
wuduk yang jatuh dari janggutmu
tetapi apabila kamu mencukur
janggutmu tidak ada lagi malaikat
yang menunggu di janggutmu wahai
sahabat"
SUNNAH wahai kawanku...Janggut.. Ohh.. janggut.. Ko cuma segumpal rambut.. Yang berselirat di bawah daguku. Tapi aku tetap simpan kau.. Bukan sebab aku ingin memachokan diriku.. Tetapi Rasulullah jua menyimpanmu.. "Dari Jabir berkata: Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". (Hadis Riwayat Muslim) Janggut..Ohh janggut.. Mungkin orang yg membelamu rasa rimas.. Tapi aku selesa sebegitu.. ketahuilah gut.. Aku bangga menyimpanmu.. Bukannnya menunjukkan alimlah diriku kerana membelamu.. Tapi penampilan secara sunnah itu pilihanku. Kerana lelaki Islam sebaiknya begitu.. Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. " (Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah) Janggut Ohh janggut.. Mungkin aku akan nampak tua kalo berjanggut.. dan mungkin wajahku tidak sesuai untuk berjanggut.. Tapi..Ketahuilah gut, Aku tidak pernah menilai diriku dengan penilaian orang lain padaku.. Aku bangga aku menyimpanmu Gut, Kerana penampilan itu yg membezakan aku dan lelaki bukan Islam yg lain.. "Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu".Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al- Baihaqi Janggut oh janggut.. Aku tahu kumpulan korea tidak berjanggut.. Aku tahu mereka macho dan digilai wanita.. aku tahu jua si Justin Bieber baby face itu jua digilai wanita.. Kerana mereka jambu, maka mereka tidak berjanggut.. *=.=''* Tapi aku yakin sunnah ku yg sekecil ini bukannya untuk aku digilai.. Bukan sekadar fesyen dan kesesuaiannya di mukaku untuk diperhati.. Cukuplah Allah menyukai amalku ini.. “Dan kamu menyangka suatu (dari Allah) itu ringan (remeh) sahaja, padahal dia pada sisi Allah adalah perkara besar”. (an-Nisa’ 14) Janggut Ohh janggut.. Mungkin ada yang akan katakan.. "apalah sangat janggut dipertikaikan.." Tetapi aku yakin Gut, Sunnah Rasulullah sentiasa hikmah dan mempunyai sebab Cukuplah kau menjadi saksiku di akhirat Bahawa aku telah melakukan kebaikan yg kecil di pandangan mereka secara istiqamah dan taat!! “SESIAPA YANG TIDAK SUKA TERHADAP SUNNAHKU, MAKA DIA BUKANLAH GOLONGANKU”. (Lihat: Jami’ul Ushul (1/294). Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)