Halaman

Monday, September 24, 2012

Ukhti, kamu cantik sekali....

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


************************************************************************



Ukhti, kamu cantik sekali.....
Tapi hanya di mata manusia,
Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita,
Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Ukhti, kamu cantik sekali.....
Tapi cantik rupa tak akan pernah abadi,
Saat wajah telah kerepot,
rambut pun kusut dan beruban,
tubuh tak lagi tegak dan membongkok dimakan usia,
tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan,
Lebih-lebih lagi jika telah memasuki liang lahat,
tentu tak akan ada manusia yang mahu mendekat.

Ukhti, kamu cantik sekali.....
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan?
Sebaik-baiknya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar,
Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mendedahkan,
mencantikkan gambar atau membuat "posing" dalam pelbagai cara,
sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milikmu,
Tidakkah engkau merasa malu apabila banyak mata lelaki ajnabi yang memandangmu berhari-hari?
Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa keizinanmu?
Ataukah rasa malu itu telah punah, musnah?
Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebagian daripada keimanan.

Ukhti, kamu cantik sekali.....
Tetapi apakah manfaat pujian dan kekaguman seseorang?
Adakah ia akan menambah pahala daripada-Nya?
Adakah derajatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji?
Tidak ada yang menjamin wahai ukhti,
Mungkin malah sebaliknya,
wajah cantik itu menjadikanmu tidak punya harga diri dihadapan-Nya,
kerana kamu tak mampu memeliharanya sesuai dengan ketentuan-Nya.

Ukhti, kamu cantik sekali.....
Kecantikan itu harta berharga,
Bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah,
Dimanakah nilainya jika setiap mata begitu senang memandang cantiknya rupa,
Dimanakah harganya jika kecantikan itu telah ditayangkan secara umum,
Dimanakah kehormatannya sebagai hamba tuhan jika setiap orang,
baik seorang kafir,musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah seorang muslimah?

Ukhti, kamu cantik sekali.....
Alangkah indahnya jika kecantikan fizikalmu itu dipadu dengan kecantikan hatimu,
Apalah ertinya cantik rupawan apabila tidak memiliki keimanan,
Apalah gunanya tubuh molek memikat apabila tidak ada rasa malu yang lekat,
Cantikkan dirimu dengan cahaya-Nya,
Cahaya yang bersinar daripada hati yang penuh keimanan,
Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat,
Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya,
Hati yang sederhana,
yang tidak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Ukhti, kamu cantik sekali.....
Maka tampilkanlah kecantikan di hadapan penciptamu,
kerana itu lebih bermakna daripada menampilkan kecantikanmu pada manusia yang bukan mahrammu,
Tampilkanlah kecantikan di hadapan suamimu,
kerana itu adalah sebagian daripada jihadmu,
Mengabdikan diri pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi,
Tampilkanlah kecantikan iman,
dan kecantikan hati kerana itu lebih abadi…