Halaman

Friday, August 12, 2011

TipS BagI Yg BujanG (Perempuan)

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


Tips Cari Jodoh Bagi Yang Bujang (perempuan)



1. Hati mesti bersih: Hati kite ni walaupun bersih tapi kadang-kadang ade kotornye.
Contoh: cepat menyampah dgn org, cepat meluat, cepat benci dan sebagainye. Jadi cuba kikiskan sikap-sikap negatif ni supaya terpancar ketulusan / keikhlasan hati utk menyayangi seseorang.

2. Sikap positif terhadap orang: Jangan selalu ade syak wasangka yang bukan-bukan.

3. Ikhtiar: Ini penting...suruh le mak, bapak, kakak, kekawan, sedara carikan. Kalau boleh MANDI BUNGA supaya terserlah keserian wajah.

4. Berdoa pada Allah: Baca ayat seribu dinar 3x dan surah Yusuf ayat ke 4 selepas every solat.

5. Cara Komunikasi: Kalau bercakap dgn lelaki jgn kasar sgt dan jgn lembut sgt. Org lelaki paling tak suke kalau perempuan cakap kasar.."muka je lawa tapi mulut...kasakkkknyeee". Kalau cakap lembut sgt pun dipanggil mengada-ngada. So take the middle approach.

6. Mempunyai perasaan sayang / caring / prihatin terhadap orang. Kalau tak tunjuk caring, camna org nak care kite balik. Tapi not too much...as mentioned take the middle approach.

7. Pergaulan kite: Kenelah bergaul dgn org ramai. Barulah nampak muka. Kalau dok memerap kat rumah (bak kata Dr Masyitah) kalau lawa sekalipun..org tak tahu. So, tunjuk-tunjukkanlah muka tu asal tidak melebihi batasan agama.

8. Jadikan produk diri sebagai wanita "SOLEHA" yang baik dari segi ahklaknya dan agamanya.Pakej produk ini kebiasaanya mempunyai permintaan yang tinggi di dunia dan akhirat.Bersama-sama lah kita berusaha meningkatkan diri n memperbaiki setiap kekurangan dalam diri.

9. Mengawal diri daripada mempunyai sifat gedik, mudah menyerah & melayan kerana wanita sebegini begitu mudah di miliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja.Kebiasaanya wanita mudah di miliki kerana mudah tergoda dengan SMS, call. puji-pujian dan lain2...senang mudah di persia2 kan oleh lelaki.

10.Carilah kwn2 sejantina yang memiliki sifat yang soleha.Mungkin jodoh anda di kalangan abg2 mereka, saudara mereka dan sebagainya yang mempunyai sifat soleh.Jelaskan niat bahawa itu bukan matlmat wasilah semata2.

11.Sekiranya anda terpikat pada lelaki yang mempunyai agama dan akhlak yang mulia dan anda ingin memulakannya, pilihlah melalui orang tengah yang soleh.Jgn menghantar hasrat terus kpd nya krn ia menjatuhkan mertabat & kemuliaan malu anda di matanya.

12.Minta pertolongan daripada ibu bapa utk mencari calon pilihan untuk anda

13.Jika anda di risik oleh seseorang lelaki secara langsung dan anda menyenangi agama serta akhlaknya dan yakin bahawa dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yg mulia iaitu dengan cara melibatkan terus ibu bapa bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia.Cara menggunakan orang tengah merupakan cara untuk menjauhi fitnah .Cara ini juga di lakukan oleh Rasullullah S.A.W