Halaman

Thursday, December 15, 2011

FitraH Jadi FitnaH

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


************************************************************************




Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang

ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan

dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti

jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka

tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta

secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi

menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa

cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin

hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta

terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah

ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi

FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi

mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.



Mengapakah perlu ada peraturan cinta?



Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah

inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia

melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa

peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan

cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam

kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan

sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg

membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan

meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta

dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala

sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang

dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang

dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik

dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita

agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang

diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan

pemberinya?



Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.

Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan

antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi

dengan rasa manis dan megah.



Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan

antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim.



Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan

Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku.



Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon

cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram, bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.



Ketika itu indahkah cinta?



Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan

raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi

pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa

itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah

cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan

kawalan.



Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?



Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.

Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana

mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu

boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat

memudahkan kita mencintai ALLAH.

Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah

diniatkan untuk ALLAH!.



Soalnya bagaimana?



Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih

memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan

agamanya.



Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,

tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .





Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,

dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan

soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat

melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan

perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan

dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk

lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar

untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat

dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan

syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti

bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!



Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada

hukum ALLAH yang dilanggar.



Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,

tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang,

puasa dan lain-lain.



Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang

melalaikan dan merugikan.



Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,



" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon

maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,

tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?



Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.

Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam

kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka

baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.



Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti

akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan

seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta

itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan

isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama

yang melahirkan cinta!





Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!