Halaman

Wednesday, February 20, 2013

Apakah ~


  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH swt, TT mulakan post


!************************************************************************


Apakah itu cinta?

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara pesorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.


Apakah kebahagian?

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.


Apakah rindu?

Rindu berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka bermaksud: (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dengan seseorang. Atau maksud lainnya: ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dengan seseorang.

Perasaan rindu ialah satu anugerah mahal yang tidak boleh diada-adakan. Bahkan ia adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya apabila teringat pada seseorang atau perkara yang dia sayang. Terkadang rindu ini boleh datang walaupun baru semalam berjumpa dengan seseorang. Jadi tidak menjadi mustahil andai rindu datang apabila sudah bertahun-tahun tidak bertemu.


Apakah kasih?

Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat.


Apakah bosan?

Perasaan yang telah merasakan ia sesuatu yang berulang-ulang yang berlaku kepada kita. Mungkin juga ertinya, kejenuhan perasaan dan fikiran atas sesuatu yang kita alami atau atas sesuatu yang berlaku kepada kita terlalu lama, atau berulang-ulang.

Bosan.. Mungkin juga terjadi ketika kita menginginkan sesuatu yang baru, sesuatu yang berbeza dari apa yang berlaku setiap hari iaitu suatu perubahan.